background

Thursday, 9 December 2021

"Buat baik perpada pada...

 Emosi aku skang mmg tak bape nk stabil.

memikirkan hal yg berlaku di awal kehamilan ku.

Bukan sebab kehamilan ni, tapi hal berlaku dalam keluarga aku sendiri

hubungan aku dgn adik beradik yg lain habis, punah! 

dulu pun aku pernah dipulaukan dari adik beradik.

tp sejak kewangan aku & suami dah baik, hubungan kami adik beradik mula baik.

makan pun ada jemput. klu dulu aku lah muke yg selalu tak dijemput. tapi aku xdendam pun. aku pulak klu buat makan2 aku akan jemput semua org. dtg ke tak, itu ikut korang lah. yg penting aku dah ajak

tapi tulah, niat baik disalah ertikan.

baru tnye duit felda bape bulan ni? terus kene cop nak harta. aduhai.

macam2 dihina dikecam. adik beradik kami kembali berpuak2 mcm asal memula dulu.

tak per lah mungkin semua ni ada hikmah nya. 

adik aku tu lagi lah mcm2 dikatanya aku ni. tapi aku sikit pun xnk ckp ape2 psl dia. 

aku tau, klu aku ckp sikit je, yg sikit tu lah akan dibesar besarkan sampai kiamat.

aku terbaca blog kisah "niat disalah ertikan.." tepat dgn kata2 nya tu buat aku lagi semangat.

baby yg baru aku kandungkan ini ALLAH beri ketika aku diuji adalah untuk kekuatan buat aku tempuhi semua ini. In shaa Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin hari ini kita menangis meratapi nasib yang menimpa atau berasa kesal kerana kita sering disalahtafsirkan dalam perbuatan mahupun lisan kita.Namun Allah maha mengetahui segala apa yang berlaku...DIA berfirman dengan membawa maksud lebih kurang begini bunyinya....bahawa, mungkin sesuatu yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan sesuatu yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu. Secara ringkasnya, DIA yang lebih mengetahui tentang perjalanan hidup kita. DIA yang memudahkan apabila kita menuju jalan buntu dalam hidup.Dia juga menjadikan keajaiban dalam hidup kita apabila logik akal sudah tidak dapat memikirkan penyelesaiannya.

Berpegang teguh pada kata-kata itu aku menerima segala yang dilemparkan kepada ku sebagai rahmat dan satu jalan menghapuskan dosa ku masa lalu selain kembali memuhasabah diri. Aku merenung kembali kesilapan masa lalu dan melaluinya aku kembali bangun membina keyakinan diri bagi memperbaiki apa yang pernah aku tersilap langkah. Benar kata pepatah Melayu, ` Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' maksudnya jangan terlalu baik dan terlalu beralah dalam hidup ini sehingga orang lain boleh memijak-mijak kepala kita seolah-olah kita tidak ada maruah.Kita perlu membela diri demi maruah kita. Tidak apa yang dapat aku minta pada Allah selain membuka kebenaran dan memberikan hidayah kepada mereka yang sering mempunyai sikap hasad dengki dan suka memfitnah sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. Semoga suatu hari dia sedar kesilapannya dan kembali kejalan yang benar....Amin. - Hariyati Ariffin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 6 December 2021

The 4th 2022

 Assalammualaikum warga blog.

ape nk kate, ni lah rezeki yang tak disangka2. betul! mmg mcm xpercaya. bersusun2 rezeki masuk ni.

Dulu sampai aku give up ingat sampai bile2 kami hanya punya 1 anak je.

Bertahun tunggu. Bila dapat yg no.2, berderet2 dapat yang lain. Ni lah namanya rezeki & amanah dari ALLAH. 

kami sebagai parents, akan menjaga amanah2 ini dgn sebaik2 nya..In Shaa Allah

Aku nak share cite pregnant kali ni.

 

TAK PERIOD & TAK NAK BUAT UPT

memula tu mmg aku xperiod but it seems normal bagi aku sbb aku mmg period tak teratur.

July - Xperiod

17/8 - period

23/9 - period

Oct - Xperiod

so, aku mmg ade beli byk pregnancy Test kt Shoppee. 1 Strip rm1, so aku beli 20 strips.

mmg standby sbb aku ni period xtertatur. Asal tak period je aku akan buat test. Mana lah tahu kan ada isi. so kita kena lah jaga dari awal2 kandungan. Tapi kali ni tak de la Try hard. 

Kalau ada, Alhamdulillah.

kalau tak ada, pun tak per.

Segalanya kami serahkan 100% pada ALLAH yang menentukannya. 

bulan 10 tak period. so biasa nya aku akan test pada bulan 11. selalu nye cepat je aku buat test.

tapi kali ni aku mcm xde mood nak cek. mmg rasa tak nak cek langsung.

aku rasa pelik. Sbb masa pregnant Dina anak ke3 kami dulu mcm tu. Aku malas, xnak langsung buat UPT. last2 pregnant...hihihih

 

TOUCHING

tetiba aku rasa touching sgt ngan husband aku. aku rasa aku yg terhegeh2 syg kt dia. dia tak syg aku. aku wasap dia nangis2

ntah pape lah aku ni 😂

 

MY BOOB SAKIT

pastu aku rasa breast aku ni sensetif. sakit nyut2. 

Dina anak kami no.3, usia nye hari ni dah 2tahun 10 bulan, dia masih bf. kalau aku gi keje je baru dia cari botol. tapi skang ni, time dia nk tido mmg dia akan bf. so, masa memula tu, tiap kali dia bf, aku rasa sakit sgt. Rasa nk soh dia cabut time tu jugak. tapi ye lah bende ni kena makan masa. bukan boleh terus stop je klu ikut kekdah naturally. selalu cakap kat dia, dia dah xboleh bf, dia dah besar. nanti dia ckp "nak sikit je, promise!" luluh hati ibu dgr 😢

 

UPT

Akhirnya aku rasa it's the right time utk aku buat UPT. 

pada 9th November - time ni besday aku.

aku buat test waktu petang balik keje. tgk2 strip ni lain macam je. lambat je dia nak naik. 

tgk2 dah ade garis kt tanda pregnant tu..pastu kt tanda yg confirm UPT tu berjaya.

pergh!!! Double line??

aku terus snap gambar bg kt husband. sbb minggu tu dia keje malam. Dia tanye betul ke?

terang tak? mmg sah sah lah terang. walaupun aku beli kt shoppee.

makna nye strip yg murah pun boleh detect, so, klu guna yang mahal mcm ClearBlue tu mmg sah2 lah double line. Mmg kandungan HCG aku tgh tinggi walaupun petang hari.

means = i'm pregnant!!!!!

 

Faizal Family

2010 - Dalily Fahima

2016 - Dani Fahmi

2019 - Dina Yuhanis

2022 - baby D

 

pas ni aku nk share pengalaman scan kali pertama utk baby ke-4 ye. Stay tune! 💗

 


Monday, 29 November 2021

Pengalaman bersalin anak ke 3

 Assalammualaikum rakan2 bloggers

masih trend ke blog2 ni? aku rasa masih senang untuk aku menaip walaupun tak de lah aku hapdate sangat pun. tapi ape2 info mesti nak baca pengalaman2 & kisah2 kehidupan rakan2 blog. 

Anak aku yg no. 3 ni dah dank masuk umur 3 tahun. mcm tu lah aku, setiap pengalaman bersalin tu amik masa yg lama untuk aku ceritakan kt blog ni. ahahaha

tapi walaupun lama, tak pernah lupe pun saat2 melahirkan tu. semua tetap terpahat dalam hati.

Anak no.3 tak ikut due date. dia jadi lewat beberapa hari. tapi tak sampai induce.

EDD : 14th Feb 2019

Lahir : 19th Feb 2019

lewat 5 hari dari jangkaan manusia. ALLAH lebih mengetahui segalanya.

Masa mengandungkan anak no.3 ni, aku mmg suke makan masakan kampung. kuih2 traditional.

ada mase tu ngidam Kuih Bako Ubi. susah nye lahai nk dapat. mcm2 rintangan.

Last dapat mase sebelum bersalin.

Balik dari cek up di KK. aku dah rasa lain bile nurse tekan ari2 aku. mmg rasa sakit sgt. Nurse ckp kepala baby mmg dah turun sgt ni.

masa perjalanan nk blik, nmpak org jual kuih tu siap husband break cpt2 takut kedai tu terlepas.

adik yg jual tu ckp, baru je org ni hantar. masih panas lagi kuih ni. mmg rezeki anak ini.

aku pun happy nye bukan kepalang. Balik umah makan. tpi tak habis pun. ntah mase tu rasa mcm penat sgt. nk tido. nk rest. kebetulan anak2 yg lain kt umah mak aku.

tengah2 rest. tido. tetiba rasa mcm ade bende keluar. tgk2 darah. 

tapi tak sakit pun. keluar darah je. aku boleh relex lagi. tenang je mase tu.

aku call mak bgtau, mak ckp baik pegi hospital sbb tak nk jadi apa2.

aku gi HSA, ramai jugak mase tu. Nurse ckp ramai sbb diorg ni kejar kan hari valentine day. tp kan mase tu dah 18hb February.

haaaa??? boleh pulak

Doktor perempuan melayu cek bukaan dia ckp masih lagi 2cm nk ke 3cm dia suruh balik sbb aku takde rasa sakit. Nurse yg kt depan tmpt daftar tu dia bgtau, klu mlm ni sakit ke, terus ke hospital berdekatan. Dia siap pesan, kt HSA ni ramai, klu boleh gi HSI je.

aku pun balik, ckp kt mak, xjadi bersalin. mak ckp nti ape2 bgtau je. aku pun balik ptg tu.

rasa boring anak2 xde kt umah. rindu nye lahai.

tengah lewat malam, husband ajak gi makan. lapo. aku pun ok, gi makan kt dgn rumah. mase tu tak silap nk pukul 12tgh mlm. tgh syok2 makan. tetiba aku dah rasa lain. 

dah rasa mild contraction. terus terbantut nk makan. mati terus selera aku. aku cpt2 ajak husband balik. aku tak ckp lagi kt dia. aku relax lagi layan contraction ni. buat2 tido. sbb nye kot2 false alarm ke kan. lagipun mmg tak nk dok wad lama2. biorlah mase sampai tu mmg betul2 nk bersalin dah.

kol 3 pagi tu aku dah tak tahan no. kejut suami. dah sakit nk bersalin. husband pun siap2 kami pun ke HSI. pulak tu jalan tgh repair mlm2 tu. tapi Alhamdulillah, lancar je perjalanan kami sbb tak byk kereta. 

19hb February 2019 - pukul 4 pagi

aku dah kt bilik saringan HSI. Doctor pun tgh sedap tido. cek bukaan dah 5 cm. terus tolak gi labour room. aku lalu kt bilik2 saringan tu tgk semua mommy2 tgh berjihad. ALLAHUAKHBAR..sedih nye. sampai kt bilik aku diteman nurse perempuan. dia bukak zikir. tenang. mas tu aku masih ok lagi. tak sakit sgt. ada doctor cina lelaki dtg nk pecahkan air ketuban. lama jugak la dia gode-gode. dia pun pelik aku tak mengeras. sbb klu perut tgh mengeras, dia xboleh buat. last2 pecah air ketuban. tak sakit pun. rasa panas je. air tu pun bersih docktor ckp. means, baby tak berak dalam perut.

lepas pecah air ketuban tu, mula la aku sakit nye Ya ALLAH. aku sampai ckp kt diri sendiri. ini lah yg paling sakit yg aku tak tahan tu. Husband pun dapat masuk kali ni. dia pegang tangan aku. ada kekuatan kt situ. Nurse pesan kt husband aku klu dah nk bersalin, panggil dia. dia kt luar.

bertarung dgn contraction yg semakin kuat, nurse bgtau baby dah kt depan pintu je ni. aku teran. baru kali ni aku rasa mcm mana nk teran. sbb no. 1 & 2 diorg keluar sendiri. aku teran olok2 je. betul! yg no. 3 ni rezeki aku rasa mcm mane nk teran. Mase nurse mintak suami aku tgk kepala baby dah nk keluar sgt, suami aku pun jerit. teran! aku pun teran sekuat hati sbb rasa kekuatan & semangat dari dia tu.

kelepuk!! pukul 6 pagi aku selamat melahirkan baby girl yg putih bersih, berlesung pipit cm abang dia. nurse pun ckp patut la susah nk keluar, baby puan besar.

walaupun 2 jam je dalam labour room, tp aku rasa lama sbb sakit nye ALLAH je yg tahu.

suami pun siap2 amik wudhuk utk nak iqamatkan baby kami. 

aku pulak rasa leganya ya ALLAH. hilang dah sakit contruction tu.

Kini bab lain pulak. Keluarkan temuni & jahit.

kali ni tak tau lah liat betul nk keluarkan temuni. Nurse pulak time ni dah nk marah. dia soh aku sedut gas utk lalok tu. aku tak sedut betul2 sbb kang aku tertido mamai, mcm mana nk bg susu kt baby.

bab temuni dah siap. Skang bab jahit pulak. mmg rezeki aku dpt nurse yg cpt bertukar watak. dari yg baik lemah lembut, tetiba jadi kasar. aku rasa mcm ape lah. sedih. cepat lah berakhir operasi menjahit tu. bila dah siap. aku ditolak ke luar, tunggu nurse nk bg baby. Nurse dah bgtau soh mengiring utk bagi baby susu.

mmg dari awal pregnant mmg dah kata nk susukan baby dari lahir sampai 2 tahun. Akhirnya ALLAH makbulkan.

ditolak ke wad biasa. suami belikan sarapan ringkas utk aku. aku makan sbb lapor sgt. aku tgk je anak aku tu. alahai, gebunye awak ni. 3.4 kgs ye. Kalah berat kakak & abg awak masa lahir.

lepas aku sarapan, aku gi bilik air tukar pad sbb tak selesa. aku beli panties yg pakai buang tu. sng.

kt sane, aku tak sampai malam pun. petang tu jugak aku balik ke rumah. memandangkan hari tu besday kakak aku, diorg dtg melawat aku & baby & celebrate ringkas besday kakak aku. 

aku dah nk jadi apa blik tu sbb penat. terkencing2 sbb peranakkan aku tgh lemah masa tu. mak & adik aku yg tolong. tq my family. I love u!

berpantang pun kt rumah sendiri je kali ni. mak masakkan semua, husband tinggal amik kan je. cuma emosi aku je lah. kdg tak terkawal sbb 1st time pantang sendiri.

apa pun semua nye pengalaman. skang pun aku tgh pregnant kali ke-4.

ahahahah..mcm tak percaya. ni lah perempuan, tak pernah serik !