background

Thursday, 9 December 2021

"Buat baik perpada pada...

 Emosi aku skang mmg tak bape nk stabil.

memikirkan hal yg berlaku di awal kehamilan ku.

Bukan sebab kehamilan ni, tapi hal berlaku dalam keluarga aku sendiri

hubungan aku dgn adik beradik yg lain habis, punah! 

dulu pun aku pernah dipulaukan dari adik beradik.

tp sejak kewangan aku & suami dah baik, hubungan kami adik beradik mula baik.

makan pun ada jemput. klu dulu aku lah muke yg selalu tak dijemput. tapi aku xdendam pun. aku pulak klu buat makan2 aku akan jemput semua org. dtg ke tak, itu ikut korang lah. yg penting aku dah ajak

tapi tulah, niat baik disalah ertikan.

baru tnye duit felda bape bulan ni? terus kene cop nak harta. aduhai.

macam2 dihina dikecam. adik beradik kami kembali berpuak2 mcm asal memula dulu.

tak per lah mungkin semua ni ada hikmah nya. 

adik aku tu lagi lah mcm2 dikatanya aku ni. tapi aku sikit pun xnk ckp ape2 psl dia. 

aku tau, klu aku ckp sikit je, yg sikit tu lah akan dibesar besarkan sampai kiamat.

aku terbaca blog kisah "niat disalah ertikan.." tepat dgn kata2 nya tu buat aku lagi semangat.

baby yg baru aku kandungkan ini ALLAH beri ketika aku diuji adalah untuk kekuatan buat aku tempuhi semua ini. In shaa Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin hari ini kita menangis meratapi nasib yang menimpa atau berasa kesal kerana kita sering disalahtafsirkan dalam perbuatan mahupun lisan kita.Namun Allah maha mengetahui segala apa yang berlaku...DIA berfirman dengan membawa maksud lebih kurang begini bunyinya....bahawa, mungkin sesuatu yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan sesuatu yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu. Secara ringkasnya, DIA yang lebih mengetahui tentang perjalanan hidup kita. DIA yang memudahkan apabila kita menuju jalan buntu dalam hidup.Dia juga menjadikan keajaiban dalam hidup kita apabila logik akal sudah tidak dapat memikirkan penyelesaiannya.

Berpegang teguh pada kata-kata itu aku menerima segala yang dilemparkan kepada ku sebagai rahmat dan satu jalan menghapuskan dosa ku masa lalu selain kembali memuhasabah diri. Aku merenung kembali kesilapan masa lalu dan melaluinya aku kembali bangun membina keyakinan diri bagi memperbaiki apa yang pernah aku tersilap langkah. Benar kata pepatah Melayu, ` Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' maksudnya jangan terlalu baik dan terlalu beralah dalam hidup ini sehingga orang lain boleh memijak-mijak kepala kita seolah-olah kita tidak ada maruah.Kita perlu membela diri demi maruah kita. Tidak apa yang dapat aku minta pada Allah selain membuka kebenaran dan memberikan hidayah kepada mereka yang sering mempunyai sikap hasad dengki dan suka memfitnah sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. Semoga suatu hari dia sedar kesilapannya dan kembali kejalan yang benar....Amin. - Hariyati Ariffin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment