background

Thursday, 9 December 2021

"Buat baik perpada pada...

 Emosi aku skang mmg tak bape nk stabil.

memikirkan hal yg berlaku di awal kehamilan ku.

Bukan sebab kehamilan ni, tapi hal berlaku dalam keluarga aku sendiri

hubungan aku dgn adik beradik yg lain habis, punah! 

dulu pun aku pernah dipulaukan dari adik beradik.

tp sejak kewangan aku & suami dah baik, hubungan kami adik beradik mula baik.

makan pun ada jemput. klu dulu aku lah muke yg selalu tak dijemput. tapi aku xdendam pun. aku pulak klu buat makan2 aku akan jemput semua org. dtg ke tak, itu ikut korang lah. yg penting aku dah ajak

tapi tulah, niat baik disalah ertikan.

baru tnye duit felda bape bulan ni? terus kene cop nak harta. aduhai.

macam2 dihina dikecam. adik beradik kami kembali berpuak2 mcm asal memula dulu.

tak per lah mungkin semua ni ada hikmah nya. 

adik aku tu lagi lah mcm2 dikatanya aku ni. tapi aku sikit pun xnk ckp ape2 psl dia. 

aku tau, klu aku ckp sikit je, yg sikit tu lah akan dibesar besarkan sampai kiamat.

aku terbaca blog kisah "niat disalah ertikan.." tepat dgn kata2 nya tu buat aku lagi semangat.

baby yg baru aku kandungkan ini ALLAH beri ketika aku diuji adalah untuk kekuatan buat aku tempuhi semua ini. In shaa Allah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin hari ini kita menangis meratapi nasib yang menimpa atau berasa kesal kerana kita sering disalahtafsirkan dalam perbuatan mahupun lisan kita.Namun Allah maha mengetahui segala apa yang berlaku...DIA berfirman dengan membawa maksud lebih kurang begini bunyinya....bahawa, mungkin sesuatu yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan sesuatu yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu. Secara ringkasnya, DIA yang lebih mengetahui tentang perjalanan hidup kita. DIA yang memudahkan apabila kita menuju jalan buntu dalam hidup.Dia juga menjadikan keajaiban dalam hidup kita apabila logik akal sudah tidak dapat memikirkan penyelesaiannya.

Berpegang teguh pada kata-kata itu aku menerima segala yang dilemparkan kepada ku sebagai rahmat dan satu jalan menghapuskan dosa ku masa lalu selain kembali memuhasabah diri. Aku merenung kembali kesilapan masa lalu dan melaluinya aku kembali bangun membina keyakinan diri bagi memperbaiki apa yang pernah aku tersilap langkah. Benar kata pepatah Melayu, ` Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' maksudnya jangan terlalu baik dan terlalu beralah dalam hidup ini sehingga orang lain boleh memijak-mijak kepala kita seolah-olah kita tidak ada maruah.Kita perlu membela diri demi maruah kita. Tidak apa yang dapat aku minta pada Allah selain membuka kebenaran dan memberikan hidayah kepada mereka yang sering mempunyai sikap hasad dengki dan suka memfitnah sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. Semoga suatu hari dia sedar kesilapannya dan kembali kejalan yang benar....Amin. - Hariyati Ariffin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 6 December 2021

The 4th 2022

 Assalammualaikum warga blog.

ape nk kate, ni lah rezeki yang tak disangka2. betul! mmg mcm xpercaya. bersusun2 rezeki masuk ni.

Dulu sampai aku give up ingat sampai bile2 kami hanya punya 1 anak je.

Bertahun tunggu. Bila dapat yg no.2, berderet2 dapat yang lain. Ni lah namanya rezeki & amanah dari ALLAH. 

kami sebagai parents, akan menjaga amanah2 ini dgn sebaik2 nya..In Shaa Allah

Aku nak share cite pregnant kali ni.

 

TAK PERIOD & TAK NAK BUAT UPT

memula tu mmg aku xperiod but it seems normal bagi aku sbb aku mmg period tak teratur.

July - Xperiod

17/8 - period

23/9 - period

Oct - Xperiod

so, aku mmg ade beli byk pregnancy Test kt Shoppee. 1 Strip rm1, so aku beli 20 strips.

mmg standby sbb aku ni period xtertatur. Asal tak period je aku akan buat test. Mana lah tahu kan ada isi. so kita kena lah jaga dari awal2 kandungan. Tapi kali ni tak de la Try hard. 

Kalau ada, Alhamdulillah.

kalau tak ada, pun tak per.

Segalanya kami serahkan 100% pada ALLAH yang menentukannya. 

bulan 10 tak period. so biasa nya aku akan test pada bulan 11. selalu nye cepat je aku buat test.

tapi kali ni aku mcm xde mood nak cek. mmg rasa tak nak cek langsung.

aku rasa pelik. Sbb masa pregnant Dina anak ke3 kami dulu mcm tu. Aku malas, xnak langsung buat UPT. last2 pregnant...hihihih

 

TOUCHING

tetiba aku rasa touching sgt ngan husband aku. aku rasa aku yg terhegeh2 syg kt dia. dia tak syg aku. aku wasap dia nangis2

ntah pape lah aku ni 😂

 

MY BOOB SAKIT

pastu aku rasa breast aku ni sensetif. sakit nyut2. 

Dina anak kami no.3, usia nye hari ni dah 2tahun 10 bulan, dia masih bf. kalau aku gi keje je baru dia cari botol. tapi skang ni, time dia nk tido mmg dia akan bf. so, masa memula tu, tiap kali dia bf, aku rasa sakit sgt. Rasa nk soh dia cabut time tu jugak. tapi ye lah bende ni kena makan masa. bukan boleh terus stop je klu ikut kekdah naturally. selalu cakap kat dia, dia dah xboleh bf, dia dah besar. nanti dia ckp "nak sikit je, promise!" luluh hati ibu dgr 😢

 

UPT

Akhirnya aku rasa it's the right time utk aku buat UPT. 

pada 9th November - time ni besday aku.

aku buat test waktu petang balik keje. tgk2 strip ni lain macam je. lambat je dia nak naik. 

tgk2 dah ade garis kt tanda pregnant tu..pastu kt tanda yg confirm UPT tu berjaya.

pergh!!! Double line??

aku terus snap gambar bg kt husband. sbb minggu tu dia keje malam. Dia tanye betul ke?

terang tak? mmg sah sah lah terang. walaupun aku beli kt shoppee.

makna nye strip yg murah pun boleh detect, so, klu guna yang mahal mcm ClearBlue tu mmg sah2 lah double line. Mmg kandungan HCG aku tgh tinggi walaupun petang hari.

means = i'm pregnant!!!!!

 

Faizal Family

2010 - Dalily Fahima

2016 - Dani Fahmi

2019 - Dina Yuhanis

2022 - baby D

 

pas ni aku nk share pengalaman scan kali pertama utk baby ke-4 ye. Stay tune! 💗