27hb Feb 2022 - Ahad
Aku masih dalam MC. Tapi sebab ade cek up ibu mengandung kt KK, Masai, so, kena pegi jugak lah. Berat aku turun 0.6 kg. Bulan lepas pun turun 0.7kg. Tapi turun berat badan yang bersebab. sebab aku sakit. Tapi progress baby ok. Bacaan jantung baby pun normal. Senang je nurse tu amik bacaan. Mase tu baby tgh aktif agknye. Sekarang usia kandungan dah 20++ minggu
Balik dari KK, Masai
Husband ajak makan kt Salai Valley @ Eco tu..jauh gak tempat dia dari Masai. Aku pulak tgh pantang tapi aku makan ulam ngan sambal belancan & kuah sikit. Tu je lah. Jamah lah jugak ayam kampung. Tapi tekak kami ni tekak orang Johor. Masih mencari keserasian di situ.
Balik dari Salai Valley
Aku dah sakit badan.Husband aku soh buat nasi goreng. Aku masak sampai rasa nak pitam. tak tahu nape. Aku telan panadol 2 biji baru lega. Tapi aku baring & selimut sbb sejuk tetiba. Malam tu aku rasa lain macam. Menggigil satu badan. Badan aku kepala semua sakit. Ya ALLAH mmg xtau nk ckp bisa dia macam mane. aku pindah bilik Lily sbb rasa mcm nak guling2 ada ruang utk diri sendiri. Telan lagi panadol, dpt lah lelap mata ni. Tapi badan masih sakit.
28hb Feb 2022 - Isnin
Aku mmg masih MC sampai 3hb March ni. Pagi tu aku buat test air liur. Tengok2 naik 2 line.Husband aku ajak gi Klinik buat PCR. Nasib baik klinik yg aku pegi ni dia buat drive thru je. sbb aku mmg xlarat nk keluar kete & berjalan. Dia kate result plg lmbt 48 jam baru dapat. Balik tu aku kurungkan diri kt dalam bilik. Dina & Dani sekejap2 datang menjenguk. Sedih aku. Luka bekas operate tu dah ok. Alhamdulillah. Aku xbgtau sape2 cuma bgtau tmpt kerja je. sbb belum dpt result yg official
1st March 2022 - Selasa
Pagi2 tgk hp, Klinik dah hantar result. Mmg aku disah Positif Cov19. Ujian yg ALLAH bagi ni ada hikmah nya. Semua nye dah ditakdirkan. Aku redha & aku yakin aku kuat utk hadap semua ni. Aku bgtau tmpt kerja, mak & kaklong. Bermula lah kuarantin dari 28hb Feb sampai 6hb March. Wahh!! cuti panjang lagi aku ni..hihihi..bende tak boleh elak. ramai yg wasap tnyekan khabar, doakan kesejahteraan kami sekeluarga. Alhamdulillah. dikelilingi dgn org yg baik2.
Hari ni masih rasa bisa badan, sakit kepala. Kadang2 aku cengeng sbb touching dgn org tnyekan khabar aku. ape lah hai si Ogy ni. Nangis2 sampai selesema...aahhaha
Dina suke ingatkan aku makan ubat ye, tido ye. Dani & Lily pun sama. Husband aku masakkan nasi goreng. Alhamdulillah..kalau tak sakit ni, xrase aku nasi goreng air tangan suami..ahahah
2nd March 2022 - Rabu
Hari ni mak aku masakkan Bayam masak air & ikan goreng. Abang aku hantarkan. Sedap nye. Lama xmakan masakan mak. Aku sakit badan & kepala, selesema. Batuk dah start dah bunga2.
3rd March 2022 - Khamis (my mom's birthday)
Hari ni mak masakkan lagi utk aku. Pagi2 dah siap. Husband aku gi amik sbb abg aku kerja susah nak keluar. Aku wish happy birthday kat mak. cuma nye nk sambut tu xde lah sbb ntah erk..adik beradik aku ade yg xbape suke aku. Nak wat cm ne. Malam tu mak aku wasap, esok mak tak masak, sbb mak skang kt umah kakcik ada hal. aku ckp ok mak.
aku syak diorg celebrate besday mak utk mereka2 yg ngam je kot. Aku, abg & kaklong ni xde ape2 makna pun dlm hidup diorg. xper, aku xkisah, janji aku tak buat diorg. Janji aku tak sakitkan hati MAK.
Hari ni aku batuk yg agak teruk. Bile batuk je rase panas kt bahagian operate aku tu. Tapi xde lah teruk sgt pun. Ok lagi
4th March 2022 - Jumaat
Hari ni aku masih batuk tp badan dah kurang sakit nye. Aku jenguk anak2 kat bawah dari tangga. Sedih bile bleh sama2. In Shaa Allah tinggal bape hari je lagi. Hari ni makan order je. Kesian kt husband aku tu. Penat agknye. Malam tadi dia ngadu sakit badan. Aku boleh je urut tp ko konfident tak sbb aku ni positif. Dia ckp ok. Aku tgk laki aku ni lain macam je. mcm sakit aku memula dulu tu sakit badan. Bisa. Dia ckp sbb Dani naik atas badan dia. tu yg sakit.
5th March 2022 - Sabtu
Hari ni masih batuk. Deria rasa & bau mcm xbape nk rasa & bau sgt. Tapi ade selera makan lagi. Husband aku ckp badan dia sakit sgt. Bisa. aik! mcm sakit aku je. aku soh dia buat test air liur tu. dia nafikan. seboleh2 x. last2 habis pujuk, buat test air liur..haa..2 line. positif.
Aku yg tgh kuarantin ni gagahkan diri bawa kete gi klinik MazMedic kt bukit dahlia. Sbb company tmpt husbnad aku keje, soh pegi situ. So, xperlu bayar apa2. Result terus dapat. mmg sah Positif.
Maka, bertukar lah kami, dia kuarantin, aku pulak jaga anak2. walaupun aku masih dalam kuarantin, tapi aku berserah je. ni dah kes darurat. anak2 perlukan salah sorang dari kami. buat test jugak kat anak2 yg lain. keputusan semua negatif. Alhamdulillah.
Tempat kerja aku pun soh aku sambung kuarantin. maka, aku pun bercuti lagi..rasa mcm nk dekat sebulan tak kerja. rezeki Alhamdulillah.
Bila mak2 yang tak dikuarantin, kita mmg penat tapi boleh mcm2 buat. Masak, beli barang basah utk masak. basuh baju. siap tgk netflix lagi tu. ahahah
so, sambung lah lagi kuarantin dari 7hb ni sampai 11 hb march.