16th Feb 2022
Itu lah date aku serah diri untuk operation buang pundi hempedu.
Setelah puas aku google & tanye2 org berpengalaman, mmg patut buang je pundi hempedu yg dah ade batu ni. sbb bahaya.
Tpi hasil google utk ibu pregnant yg ade kes sama mcm aku ni tak banyak.
Aku nekad utk dibedah ketika usia kandungan 19 minggu.
Pagi tu aku di minta buat Swab sebab nk masuk OT skang ni, mmg kena buat procedure tu.
Bila dah dpt keputusan Negatif, aku pun disuruh naik ke klinik semula.
Sampai di klinik, aku kena amik darah & cucuk jarum kt tangan. Kali ni nurse susah nk cari urat.
Dah puas gode, Alhamdulillah, akhirnye dapat.fuhhh legaa...
Aku pun gi daftar wad kt tingkat bawah. Tapi husband aku xbleh naik ke wad. sbb mse tu bukan waktu melawat. So, aku naik la sorang2
kol 12.30 tghari mcm tu baru lah dia bleh naik wad. Mase tu kena pulak dia shift malam. So mmg ngantok giler.
Dr Lam ade dtg bgtau aku operation tu dalam kol 2 ptg mcm tu. aku puasa dari malam tadi sampai dah habis operate. lapoo tp bertahan.
kol 1.30 ptg aku tetiba rasa mcm xkeruan..macam gelisah..xtau lah nape. Husband aku soh aku relax. Aku tak tau nape. nervous kot.
kol 2 ptg, nurse dtg soh tukar baju OT. Kaler pink. dia tolak pakai wheelchair.
sampai di depan bilik OT, dia soh aku baring di katil yg dia dah sediakan.
Aku baring & di kerumun dgn dr Lam (Ketua operation), 2 orang doc perempuan melayu pakar bius. serta nurse2 & pembantu perubatan.
Eh, seram jugak beb! jantung aku dah dup dap dup dap!!
aku dipindah kan ke katil bedah. kecik je katil tu. Ngam2 badan aku. Dr Lam ckp nape bacaan jantung laju sgt nie? takut eaa??
mau nye tak takut. 1st time tu.
Pakar bius dah stnby kt atas kepala & sebelah kanan.
Dia bagi aku oksigen, soh nafas tarik kuat2. pastu aku dgr bunyik jantung aku laju giler beb!
dia pun bgtau "sy cucuk ubat bius skang ye"
aku sempat ckp "bleh tak tunggu sy tenang dulu"
Pakar bius tu ckp, "ok, ok boleh" xde nye dia nak tunggu, terus kena bius
aku rasa beb, ubat bius tu jalan kt urat2 lengan & ke bahagian kepala aku. sampai kt mata, aku terus padam. xingat ape
tau tau je pakar bius tu kejut aku "Ok puan, dah siap ye"
yg sorang lagi tengah tarik tiub dari tekak aku. Aku auto ter'grip' tangan dia sbb terkejut.
dgn dia sekali terkejut. Haaa..jgn main2 ngan aku. Aku ni keturunan pendekar. ahahah
Pakar bius tu bawa katil aku ke luar dari bilik bedah. mase tu dia tanye sakit tak bahagian perut?
aku ckp tak, aku sejuk je. mmg sejuk giler beb. Menggigil kaki aku tahan sejuk.
pas tu tekak aku perit nye Ya ALLAH.
Pakar bius masukkan ubat tahan sakit kt tangan aku tu. pas tu dia tunjukkan scan jantung baby mase aku tgh pengsan tu. Dia kate baby ok.tenang hati aku. Alhamdulillah
Aku ditolak ke Wad. Mase tu husband aku ade tunggu aku. Sepantas kilat nurse 2 orang datang utk cek bacaan jantung baby. Tak dapat baca. sama mcm mula2 kat wad sebelum nk masuk OT.
tu yang diorg terpaksa buat scan utk cek jantung baby. Tapi lepas operate ni, nurse try jugak cari degupan jantung baby guna alat Fetal Doppler. Sbb insurance mmg xcover hal2 berkaitan pregnant. yg scan tu adalah jalan terakhir.
Gode punya gode, akhirnya jumpa. Alhamdulillah..syukur. agaknye baby tgh tido kot.
Nurse tgk ada botol kecik kt hujung katil aku. Rupanya tu lah batu yg ada dlm pundi hempedu aku tu!
Terkejut nurse tu sbb banyak giler. Aku pun baru perasan botol tu.
sebelum aku operation, aku dah kate dlm hati aku, ni kalau xde batu, siap Dr Lam, aku nk saman dia! ahahahah..tp bile tgk batu tu, iye lah..mmg patut sgt aku operate!
Dr Lam datang ckp aku dah boleh makan. Hari ni rehat 1 malam, esok dah boleh discharges.
Alhamdulillah..
Aku takut2 nk makan..so, aku minum air sikit2. Bahu aku belah kanan sakit sgt. bile sapu dgn minyak aroma terapi, lega..terus sedawa besor. Angin agaknye.
Husband aku balik ptg tu sbb dia belum rehat lagi dari balik keje malam tadi.
aku memula ok..tp bile dah nak malam, aku dah rasa sakit kt perut. nk bangun gi bilik air, susah nk turun dari katil. aku panggil nurse, dia bagi aku ubat tahan sakit. Ubat tu buat aku lalok & terus tido.
17hb Feb 2022
Sebelum subuh aku dah bangun sbb tekak sakit, batuk. ALLAHUAKHBAR..dugaan & ALLAH tak akan uji hambanya di luar kemampuan hambanya. DIA tau aku kuat.
Aku tak baring, duduk kt kerusi tgk tingkap. tgk permandangan.
Dalam solat aku nangis. bukan sebab sakit tapi sebab rasa "Maafkan aku Ya ALLAH jika solat ku tak sempurna"
Pukul 9.30 pagi Dr Lam datang visit. Dia mcm tak percaya aku bleh bangun dari katil, duduk sempoi kt kerusi sambil tgk permandangan. ahahaha..dia xtak tau aku buat2 gagah je ni.
Dia bagitau yang dia xsangka sgt operation aku ni cuma amik masa 2 jam je dah siap.
Tak ade sebarang masalah pun. Cuma memula xdpt bacaan jantung sbb mase tu baby tido menghadap
ke belakang. tu yang last diog buat scan. Baby tgh nyenyak tido.
Tiba2 teringat aku ade berbual dgn baby, minta dia relax, tenang, ibu akan pastikan awak selamat & kalau Doktor ade buat ape2 kt perut ibu, tu tanda doktor dah start buat operation kt ibu. xper, awak diam je. awak tido je ye" haaa..betul2 dia tido. anak ibu sayang ni anak yg mendengar kata. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, anak ibu yg kt dalam perut ibu ni & semua anak2 dgr kata ibu & abah. Syukur Ya ALLAH!
Dr Lam ckp hr ni dah boleh balik. maybe lepas makan & dr Lam soh elak kan makan makanan yg berlemak & berminyak. 2 minggu mc rehat kt rumah.
Aku pun call husband soh dtg bile2 free nti sbb hr ni dah boleh keluar wad.
Luka operation tu masih ditampal dgn kapas yg kalis air. 1 minggu lagi kena dtg sini utk bukak bekas operate. mase dalam kete nk balik tu, perut aku sakit kalau gegar terlanggar lubang ke bonggol. mcm orang lepas bersalin. Aku mintak husband hantar aku balik umah dulu sbb tak sanggup nk menahan gegaran nye tu PLUS nak memanja ngan husband..ahahhaha
Lepas siap hantar aku kt rumah, baru husband aku amik ank2 kt umah mak aku. Rindu nye lahai. siap peluk2 cium2. Tangan yg bekas cucuk tu aduhai sakit nye bile terlanggar dgn tangan ank2 yg berebut nak peluk kita tu.
So, bermula la episod Si Ogy tanpa Pundi Hempedu.
ape perubahan nye?
- turun sikit berat badan.
- sukar nk buang air besar
- makan kurang selera tpi kena makan jugak
semoga yang baik2 sahaja untuk yang sakit mcm aku. Jangan tangguh2 kalau doc suruh buat operation sbb doktor nak kita sihat. Mohon doa pada family & kawan2 terdekat semoga urusan dipermudahkan..
aamiinn ya rabbal alamin
No comments:
Post a Comment